Aku
manusia biasa. Cara hidupku juga biasa. Hartaku tidaklah segunung
Kinabalu. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati. Kerana
aku insane biasa. Datang dan lahir dari keluarga yang biasa. Namun,
jauh di sudut hati ini, aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa menanam
utuh dalam kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut untuk
terus istiqamah di jalan-Nya.
Ini kisahku. Kisah seorang aku
bertemu Dia. Dulunya, aku seorang yang biasa. Tidak memakai tudung
labuh, tidak memakai stoking dan selalu mesej dengan lelaki bukan mahram
kerana mereka kawan-kawan aku. Aku suka bermesej kosong dengan mereka.
Entahlah. Rasa serono kot bila selalu mesej dengan lelaki.
Semasa aku tingkatan 3, aku pernah bercouple dengan seseorang ni. Masa
tu, geng-geng aku semua dah ada pakwe. Dan, aku barulah nak belajar
bercouple. Aku dengan pakwe aku ni, selalulah juga mesej. Tapi, call tu,
jarang-jarang. Biasalah, jiwa remaja, sibuk nak bercinta. Tapi, masa
tu, aku tetap jaga batas. Tak pernah dating dan keluar berdua dengan
dia. Cuma mesej dan kadang-kadang call saja.
Sebelum PMR, hati
aku ni bertemu dengan hidayah-Nya. Aku terjumpa satu risalah dakwah
tentang cinta. Aku baca dengan hati yang sarat inginkan jawapan kepada
persoalan-persoalan aku selama ini. Apakah bercouple itu satu kesalahan?
Salahkah aku dan dia bercinta? Aku jumpa setiap jawapan kepada
persoalan-persoalan aku ni dalam risalah tersebut. Bukan itu saja,
malah, aku turut mencari ilmu di alam maya ini. Aku baca blog-blog para
daie yang aku kenal cukup hebat ilmu agamanya dan cukup mantap hujahnya.
Aku mula sedar. Aku banyak melakukan dosa!
Aku mencari
kekuatan untuk meninggalkan pakwe aku. Dan, aku berjaya! Aku minta untuk
putus dengannya! Melalui surat. Aku rasa sangat bahagia setelah aku
clash dengan dia! Dan, aku berazam dengan diriku sendiri untuk tidak
bercouple lagi dengan mana-mana lelaki. Aku hanya inginkan cinta yang
suci dan halal untuk suamiku nanti!
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)
Semasa di tingkatan 4, hidayah-Nya semakin mendapat tempat di hatiku.
Aku sebenarnya amat tertarik dengan penampilan para muslimah yang
bertudung labuh. Ya! Memang aku teringin sangat nak istiqamah pakai
tudung labuh! Bukan hanya pakai di sekolah sahaja!
Seorang
ustaz baru di sekolah aku sedikit sebanyak melembutkan hatiku untuk
berubah ke arah kebaikan. Beliau cuba menghidupkan suasana Islamik di
sekolah aku tu. Aku suka! Ceramah dan tazkirah kerapkali berjalan di
sekolah itu. Risalah-risalah dakwah juga sering dipamerkan dan dijadikan
bahan rujukan untuk para pelajar. Aku juga mula rajin membaca buku-buku
agama.
Aku bergaul dengan geng-geng yang aku baru kenali. Aku
bercampur dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha denganku
mencari cahaya-Nya. Sedikit demi sedikit, aku mula berubah. Aku membeli
tudung 60 inci. Aku juga sudah selesa memakai stokin. Tidak ramai ahli
saudara-maraku yang bertudung labuh. Hanya ada beberapa sahaja. Iaitu
ahli keluarga sebelah bapa. Ahli keluarga sebelah ibu pula, langsung
tiada. Hanya ibu sahaja. Kakakku juga tidak bertudung labuh. Hanya
tudung biasa. Aku sematkan di dalam hati. Aku akan berusaha untuk
istiqamah bertudung labih bulat pula selepas ini. Aku rasa selesa!
Serius!
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu
adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka
selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)
Umurku genap 18 tahun.
Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari realiti hidup ini, aku
sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang. Mungkin, suka. Belum lagi
cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki itu bagiku memang amat
istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu bertanya soalan yang
berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku juga begitu. Aku
sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya.
Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba untuk
menyedarkannya. Aku suka dengar dia bertazkirah di surau dan mengimamkan
solat di sekolah dulu. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang, aku
termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih
belum bersedia! Masih jahil agama!
Aku biarkan saja. Kini,
sudah 19 tahun umurku. Perasaan itu seakan masih ada. Hari tu, aku dan
kawan-kawanku reunion. Ternyata, lelaki itu masih dengan buah hatinya.
Dia benar-benar serius mungkin. Ingin bernikah. Ya Allah! Aku tahu, rasa
ini perit. Namun, tak sanggup aku nak luahkan. Aku tak nak mengecewakan
sahabatku sendiri. Aku tak nak dilabel perampas. So, aku abaikan dan
terus abaikan. Aku terus berusaha mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia
sudah menciptakan seseorang khas untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada
si dia yang tercipta untukku. Ya! Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan
sayang yang pernah bertakhta dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin
aku biarkan, abaikan, ianya semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba
rajin dan sibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan
janji-Nya. ^^
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki
yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan
laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….”
(Surah An-Nur : 26)
Sejak umur 17 tahun lagi, aku sudah tidak
bermesej dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Kecuali, atas dasar
keperluan seperti pelajaran dan perkara penting sahaja. Kerana, aku
tidak mahu ada sebarang rasa yang akan tersekat di jiwaku ini.
Hingga kini, memang ada beberapa insan yang cuba mengetuk pintu hati ni.
Tapi, aku tak nak! Aku tak layan! Benar, jika kita kerap merapatkan
diri dengan lelaki, mudah untuk syaitan mengambil alih hati kita dan
menodainya. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku tidak mahu terleka dan
terlena lagi dalam hasutan syaitan. Aku takkan sesekali mulakan sesuatu
yang susah untuk aku hentikan. Alhamdulillah, aku kini sudah istiqamah
bertudung labuh bulat. Memang kadang-kadang, aku dipandang pelik sebab
bertudung labuh! Namun, aku abaikan mereka. Aku utamakan pandangan Yang
Maha Esa.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong
(agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
(Surah Muhammad : 7)
Dan, kini, aku tetap meneruskan
perjuanganku untuk mensolehahkan diri dan menuntut ilmu demi Allah! Aku
sudah mempunyai group usrah tersendiri. Bersama para sahabatku. Aku
cintakan mereka kerana Allah. ^^
Moga suatu saat nanti, bila
aku sudah bersiap sedia, Dia akan menemukan aku dengan insan soleh yang
juga mencintai-Nya untuk mencintai dan menikahiku. Aku abaikan segala
anasir-anasir rasa yang cuba menggugat dan melemahkan hati dan jiwaku.
Aku hanya inginkan satu cinta! Cinta yang halal! :)
Perasaan
ini sungguh indah! Subhanallah! Perasaan tatkala aku sudah berjaya
bertemu Dia. Tuhanku. Pemilik nyawaku. Jangan Kau ambil dan tarik semula
hidayah-Mu ini. Aku sangat takut dan resah untuk berjauhan dari
sisi-Mu. Aku tidak mahu terhumba ke gaung Neraka-Mu gara-gara
kemurkaan-Mu.
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha
Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan
menangis.” (Surah Maryam : 58)
Sungguh, hatiku milik-Mu, Ya Rabbi! ^^
Judul:
HATIKU MILIK-MU!!
Rating:
100%
based on
99998 ratings.
5 user reviews.
Ditulis Oleh
Unknown
02.36
Artikel Terkait Karya Tulis :
0 komentar:
Posting Komentar