Sungguh Rasulullah Adalah Manusia Terbaik
Hati Hamba Ini Terasa tersayat membacanya
RASULULLAH DI HARI KEBANGKITAN
RASULULLAH SAW MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa
saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang
bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal
dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan.
Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian
di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku.
Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan
mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua
akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami
bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.
Inilah yang telah
dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu
Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari
kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama
seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan
mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian
syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur.
Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu
dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu
diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan
langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri,
baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW.
Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi
bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari
kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan
Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba
meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu
tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?
Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan
marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu
dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila
Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang
putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah
hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan
dan urat-urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut
burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke
perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan
di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan
bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam
tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan
akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki.
Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit
dan bulu akan tumbuh. Sebagian mereka akan kekal ke atas sebahagian
tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup
tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan
penghuni kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka.
Sebagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan
di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula
terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia,
masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul
Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu
umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka
seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana
umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan salawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala
muliakannya. Mereka gembira karena dapat bertemu dengan baginda SAW.
Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu
umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas
belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata
mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai
Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya
kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab
Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala
memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala
berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan
apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan
dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:
“Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan,
Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke
arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawalah ke neraka
Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu
berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa
Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril
menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang
keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata
seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya
menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah
manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang
memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal
mereka sebenarnya tidak mabuk.
RASULULLAH SAW MEMBELA UMATNYA
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.
Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan
Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada
hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu
menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku
tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau
Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda
bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku..
Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku.
Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan
tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku
Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta
untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari siksaannya! Selamatkanlah mereka
dari kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya
mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan
penyiksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus
memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang
halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali lipat. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka
berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti
periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang
sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan
kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan
sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha
Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu
mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani,
daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui
Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata
hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan
dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang
mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap
orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar
Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau
satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil
dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan
Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu
juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Niscaya
akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap
umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga,
neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana
burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran,
maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada
orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad
SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat
Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta
syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka
semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad
SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan
mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya
Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah
mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad
SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah
mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari
di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga
telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami
agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama
ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as
berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan
dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap
Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah
berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya.
Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat
Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai Nabi kami, Nuh! Tolonglah kami
terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan
mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku
pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku.
Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya
agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku
pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam
Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as!
Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk
dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku
membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui
batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku
terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh
lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa
Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s.
berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian.
Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala.
Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika
Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi
Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam,
telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada
nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling
mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
NABI MUHAMMAD SAW MENJERIT DARI ATAS MIMBAR LALU BERSABDA :
" MARILAH KEPADAKU WAHAI UMATKU . WAHAI SIAPA YANG BERIMAN DAN TIDAK
MELIHATKU. AKU TIDAK AKAN PERNAH LARI DARI KAMU MELAINKAN SENANTIASA
MEMOHON KEPADA ALLAH TA'ALA UNTUKMU "
UMAT NABI MUHAMMAD BERKUMPUL DI SISINYA
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi
Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga
Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan
anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku
haramkan pembohongan, niscaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya.
Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu
Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri
janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang
mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji
sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan
satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar
memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka
ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan
dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata:
“Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku.
Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
UMAT MANUSIA MENITI SHIRAT
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan
lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500
tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka).
Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Siapa yang datang dari umatmu , maka dia
akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam
neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar
berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan
kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari
umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada
sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda
kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berhasil melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga
melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung
yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan payah.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW
berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari
umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan
membangunkan dia kembali. Kumpulan kepalan menarik muka-muka mereka
dengan rantai karena terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang
buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka
tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak
yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang
dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan
bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga.
Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka
memberi ibu dan bapa mereka minum karena kehausan kiamat. Mereka
memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul.
Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di
dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu
kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat
dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari
sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga
Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat
pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat
Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi
Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan
yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada
bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas
kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, anak-anak akan meninggikan tangisan mereka.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang terjadi pada masa dului?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis
karena berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku
akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada
mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama
umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam
rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita
di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebagian dari mereka.
Judul:
Sungguh Rasulullah Adalah Manusia Terbaik
Rating:
100%
based on
99998 ratings.
5 user reviews.
Ditulis Oleh
Unknown
02.21
Artikel Terkait Motivasi :
0 komentar:
Posting Komentar